I made this widget at MyFlashFetish.com.

[ INTRO ]



Aku sedih melihat orang kafir maju dalam pelbagai bidang sedangkan masyarakat Islam ditindas dan dihina.Seperti saudara kita yang sedang menderita di bumi Palastin,mereka dibunuh tanpa rasa belas kasihan oleh rejim Zionis.Kita di sini hanya duduk bercanda dan bergelak getawa……Sampai bilakah perkara ini akan berakhir!!!! Seperti tiada harapan untuk Islam bangkit semula menentang musuh Allah ini…….

Melihat keadaan ini,teringat aku akan kisah-kisah pada zaman kebangkitan Islam.Bagaimana perjuangan nabi Muhammad serta para sahabatnya yang bermati-matian untuk menegakkan syiar Islam di muka bumi ini.Oleh itu saudara-saudaraku sekalian marilah kita semua membaca kisah-kisah pengorbanan mereka.....

Sunday, August 8, 2010

KHALID AL WALID

Khalid ibni al-Walid (592-642) (bahasa Arab: خالد بن الوليد‎; Khālid ibn al-Walīd) juga dikenali sebagai Saifullah al-Maslul (bermaksud Pedang Allah yang terhunusatau Pedang Allah), adalah antara panglima tentera Arab yang memainkan peranan penting dalam peperangan antara tentera Islam dengan tentera Byzantinedan tentera Parsi pada kurun ketujuh.[1] Beliau terkenal dengan kebijaksanaan dalam peperangan dan mengepalai tentera Islam ketika zaman Nabi Muhammads.a.w. dan juga zaman khalifah Abu Bakar as-Siddiq dan Uthman bin Affan.[1]Pencapaian terulung ialah dimana beliau berjaya mengalahkan pasukan Byzantine dan Parsi dalam masa tiga tahun sahaja.

Khalid ibn Walid adalah bangsa Arab berketurunan Quraisy yang pernah suatu menentang Nabi Muhammad s.a.w. Beliau merupakan seorang askar yang aktif ketika Perang Uhud menentang tentera Islam. Ketika Perjanjian Hudaibiyah, Khalid memeluk Islam dan memohon maaf kepada nabi Muhammad atas tindakan beliau sebelum ini. Ketika zaman nabi Muhammad, beliau menyertai tentera Islam dalamPerang Mu'tah dan juga perang-perang lain. Selepas kewafatan nabi, beliau dilantik penglima perang dan mengetuai ekspedisi menentang tentera Sassanid Parsi dan tentera Byzantine Rom.

0 comments: